RAWATAN DENGAN KAEDAH BEKAM



Rawatan dengan kaedah bekam.

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, semoga sihat selalu dan mulakan hari dengan sesuatu yang baik. Hari ini, kita nak tau berkaitan rawatan tanpa perubatan iaitu secara bekam. Sebelum masuk ke tajuk utama kita. Apa yang anda paham dengan bekam? Buang darah kotor? Toksik badan? Dengan bekam pun boleh kurus tau! Tak percaya? Jom kita cari tau lebih lanjut..

 

Apa yang dimaksudkan dengan bekam?

  Bekam secara lazimnya dikenalpasti bertujuan untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit dan meningkatkan kebaikan tubuh badan melalui kaedah pembersihan darah / angin dengan mengeluarkan sisa toksik dan darah kotor dalam tubuh badan di bahagian bawah lapisan kulit secara sedutan. Dengan kata lain, berbekam ialah mengeluarkan bahan kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah atau menoreh sedikit pada tubuh seseorang. Orang yang dipanggil tukang membuat bekam adalah Hajim manakala bekam juga dengan nama lainnya adalah Al-Hijamah. Bekam adalah kaedah al-Sunnah al-Nabawiyyah  نبي محمد صلى الله عليه وسلم. Oleh disebakan itu, perawatan bekam adalah tidak dapat diragukan lagi tetapi mestilah mendapatkan saranan / nasihat daripada doctor terlebih dahulu sebelum membuat bekam terhadap diri sendiri.

 

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ

 

Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”.

[Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

 

Jenis- jenis bekam

1. Bekam basah (wet cupping) atau bekam darah.

 

Bekam darah bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dan toksid yang ada di dalam tubuh badan. Jenis bekam ini dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Kedahnya, permukaan kulit dilukakan menggunakan lancet. Kemudian kulit di sekitarnya disedut untuk mengeluarkan darah. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 hingga 3 minit sebelum dibuang kotorannya. Bekas luka dari berbekam biasanya akan hilang selepas 3 atau 4 hari.

 

2. Bekam kering (dry cupping) atau bekam angin.

 

Bekam angin bertujuan untuk mengeluarkan angin di dalam tubuh dengan mengembangkan liang-liang roma melalui sedutan yang dilakukan. Bekam jenis ini amat baik untuk pesakit yang tidak tahan sakit atau tidak tahan melihat darah. Penyakit yang ada kaitan dengan angin boleh disembuhkan dengan kadar yang segera melalui kaedah bekam ini. Tanda angin keluar boleh dilihat dengan adanya bintik air atau wap di dalam mangkuk bekam.

 

Kaedahnya, kulit disedut tanpa dilukakan. Setiap sedutan dibiarkan selama 15 hingga 20 minit. Biasanya bekam angin akan meninggalkan kesan lebam yang lebih lama berbanding bekam darah.

 

3. Bekam api


Ia juga dikenali sebagai Fire Cupping iaitu menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan pada alat penyedut. Bekam jenis ini dilakukan dengan gelas yang direka bentuk khas untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam.

Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas, kemudiannya gelas diletakkan atas permukaan kulit.

 

4. Bekam lintah

 

Lintah sebenarnya memiliki sejenis enzim dikenali sebagai hirudin yang dikeluarkan ketika menghisap darah dan mencegah tisu kulit daripada mati yang membolehkan luka cepat sembuh. Sebelum menghisap darah, haiwan ini menyuntik bahan kimia yang berfungsi sebagai ‘bius’ di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan mangsa tidak menyedari darahnya sedang dihisap. Antara penyakit yang dirawat menggunakan lintah seperti tekanan darah tinggi, migrain, arthritis, buasir, varikos urat dan seperti yang didokumenkan di Russia.

 

Di Amerika Syarikat, pakar bedah plastik menggunakan lintah untuk mengeringkan darah daripada luka selepas penyambungan anggota badan atau tisu. Malah, berkesan rawatan kardiovaskular, ginekologi (sakit puan) dan dermatologi (kulit)

 

5. Bekam Akupuntur

 

Akupuntur berasal dari bahasa Latin iaitu Acus (jarum) dan Punggere (cucuk) manakala dalam bahasa Cina ianya disebut Cenciu. Ianya adalah satu ilmu atau seni perubatan yang menggunakan jarum-jarum halus yang dicucuk pada titik tertentu di badan yang lebih dikenali sebagai "acupuncture point" atau titik akupuntur.



Kelebihan Akupuntur

  • ·       Merangsang atau mengaktifkan saraf
  • ·       Menstabilkan pengaliran darah
  • ·       Menormalkan tekanan darah
  • ·       Merangsang tenaga Chi
  • ·       Mengatasi pelbagai penyakit
  • ·       Tidak menggunakan dadah
  • ·       Tidak ada kesan sampingan
  • ·       Kos efektif (tidak memerlukan belanja yang besar)
  • ·       Mengeluarkan bisa terkena sihir (jika ada)
  • ·       Melegakan kesakitan
  • ·       Mengatasi kemurungan
  • ·       Meningkatkan kecerdasan
  • ·       Mengatasi masalah rabun
  • ·       Dan banyak lagi

Buku Bekam Sinergi

Buku Bekam Sinergi

 menambahkan pengetahuan mengenai rawatan tradisional dan komplimentari..

RM65.00

Buku Kajian Praktis Penyakit

Buku Kajian Praktis Penyakit

menambahkan pengetahuan mengenai rawatan tradisional dan komplimentari..

RM45.00

Buku Penyakit dan terapi bekamnya

Buku Penyakit dan terapi bekamnya

menambahkan pengetahuan mengenai rawatan tradisional dan komplimentari..

RM30.00

Buku Penyembuhan penyakit kaedah bekam

Buku Penyembuhan penyakit kaedah bekam

menambahkan pengetahuan mengenai rawatan tradisional dan komplimentari..

RM10.00

Buku Titik Bekam 40 penyakit

Buku Titik Bekam 40 penyakit

menambahkan pengetahuan mengenai rawatan tradisional dan komplimentari..

RM30.00

Buku Titik-Titik Bekam Bagi Penyakit Tertentu

Buku Titik-Titik Bekam Bagi Penyakit Tertentu

Buku Titik-Titik Bekam Bagi Penyakit Tertentu..

RM45.00

Cup Hansol Loose

Cup Hansol Loose

Cup Hansol Loose 1, 2, 3, 4, 5Kelebihan :Boleh disteril dan dicuci menggunakan air panasKualiti ting..

RM7.50

Cup Kangzhu

Cup Kangzhu

Tawaran kepada mereka yang suka mengunakan satu saiz cup sahaja.Saiz = B1, B2, B3, B4, B5, B6, B7Ke..

RM4.00

DD1 1 Liter

DD1 1 Liter

membunuh kuman, bakteria dan virus termasuk H1N1 dan HIVrendaman selama 15 minit boleh menseterilka..

RM85.00

Package Economy

Package Economy

Pakej Economy 1. Abc 12cup 2. Pen magic star 3. Lancet 21g 50pcs 4. Minyak zaiton 5. Alcohol sw..

RM100.00

Package Premium

Package Premium

Pakej Premium 1. Hansol 19 Cup 2. Pen Korea Gold 3. Lancet Fazeeda 21G 100pcs 4. Minyak zaiton ..

RM300.00

Package Vip

Package Vip

Pakej VIP 1. Kangzhu 24cup 2. Pen chrome 3. Lancet Fazeeda 21G 100pcs 4. Minyak zaiton 5. Alcoh..

RM200.00

Showing 1 to 12 of 12 (1 Pages)